Sunday, February 27, 2011

Dr. Yusof Al-Qardhawi dan Ikhwanul Muslimin : Pengganas

Laporan National Review memetik ucapan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak di Turki yang dikatakan sarat dengan prasangka buruk terhadap ulama’ terkemuka di dunia Islam yang menjadi rujukan pelbagai ulama' terkini baik di Timur dan Barat iaitu Sheikh Yusuf al-Qaradawi dan pergerakan Ikhwanul Muslimin.

Najib dilaporkan menggesa Ikhwanul Muslimin disisihkan dari agenda perubahan di Mesir kerana masih terlibat dengan keganasan. Pendapat seperti ini dikritik oleh pelbagai institusi dan intelektual. Dunia kini menggesa agar Amerika Syarikat dan Eropah untuk bekerjasama dengan Ikhwanul Muslimin. Rakyat Mesir juga tidak menafikan bahawa Ikhwanul Muslimin amat diperlukan di dalam agenda perubahan Mesir.

Kenyataan terbaru Najib juga dikatakan membuka pekung di dadanya tentang kecurigaaan pemimpin tersebut terhadap ulama’ dan gerakan Islam seluruh dunia yang kini kian giat menyertai proses demokratisasi.

Sekiranya Najib mempunyai kebimbangan terhadap ulama seperti Sheikh Yusuf al-Qaradawi, maka mengapa beliau dianugerahkan dengan pengiktirafan selaku Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan tahun 2009/1431. Adakah penganugerahan tersebut hanya satu tarikan politik semata-mata, jika tidak masakan selepas dikurniakan anugerah sedemikian rupa, individu yang sama dikatakan mempunyai talian dan fahaman ekstremis (pengganas).

Jika ada pihak di barat hari ini menyatakan bahawa Ikhwanul Muslimin adalah penyelesaian terbaik di Mesir kenapa pula kita (Malaysia) menyatakan sebaliknya. Sila baca laporan laman web Brookings : http://www.brookings.edu/opinions/2011/0128_egypt_riedel.aspx 

Namun selepas beberapa hari pulang dari Turki, Najib telah menafikan beliau telah menuduh Ikhwanul Muslimin dan Dr. Yusof Al-Qardhawi akan tetapi hanya menyatakan kenyataan yang dilihat oleh dunia barat hari ini. Untuk maklumat lanjut sila baca disini
http://www.themalaysianinsider.com/najib saya tak kata ikhwanul muslimin pengganas/

Untuk pengetahuan lebih lanjut mengenai Dr. Yusof Al-Qardhawi sila tonton video dibawah:



BACA, TELITI DAN NILAI
...KENA DENGAR KEDUA-DUA BELAH PIHAK DAHULU SEBELUM MEMBUAT PENILAIAN...

No comments:

Post a Comment