Sekapur Sireh Dari Pengerusi

Terlebih dahulu izinkan saya mengucapkan salam kepada Tuan dan Puan serta keluarga. Saya juga ingin menghulurkan salam pengenalan kepada semua warga Kinta Perdana. Selaku Pengerusi Surau Al-Hidayah merangkap Pemangku Pengerusi Kinta Perdana, saya berhasrat dan sentiasa berdoa agar kita semua sentiasa diberkati dan dipelihara oleh Allah SWT.

Tuan dan Puan sekelian, sudah sekian lama Kinta Perdana ini mengalami beberapa musibah seperti pecah rumah dan kehilangan harta benda. Justeru itu, beberapa tindakan telah diambil seperti menubuhkan giliran berkawal.

Sebagai warga Kinta Perdana sesungguhnya kita sama-sama bertanggungjawab untuk mengimarahkan surau kita dalam apa jua bentuk. Kini kita telah mempunyai surau yang tetap, seharusnya kita bersyukur kerana diberikan kemudahan dan kelancaran dalam pembinaan surau tersebut. Terima kasih kepada semua penyumbang semoga Allah membalas dengan balasan berlipat kali ganda di dunia dan di akhirat.

Namun demikian tanpa kerjasama dan bantuan Tuan dan Puan sekelian, surau kita tidak akan berfungsi dengan baik dan seharusnya kita menyalahkan diri kita sendiri. Oleh yang demikian  kerjasama dan bantuan Tuan dan Puan sangat saya alu-alukan.

Semoga ibadah puasa kita akan diterima oleh Allah SWT. AJK Surau akan mengadakan Majlis Kuliah agama pada setiap minggu. Tuan dan Puan dialu-alukan untuk turut serta. Kepada yang berminat untuk sertai program-program agama yang lain, sila berhubung dengan AJK di Surau Al-Hidayah.

Sekian, Terima Kasih.     

Ikhlas Dari Saya,

LT.KOL. SUHAIMI BIN HAJI SHAFAWI (BERSARA) KAT ADK PMC PJM
PENGERUSI SURAU AL-HIDAYAH
DAN PEMANGKU PENGERUSI PENDUDUK KINTA PERDANA