Surau Al-Hidayah Kinta Perdana terpaksa ditutup kerana pemilik rumah yang selama ini meminjamkan rumah beliau untuk dijadikan Surau kini telah bersara dan akan kembali tinggal di rumah tersebut. Untuk pengetahuan pembaca sekalian rumah yang kini digunakan untuk menjadi surau dipinjamkan tanpa sebarang sewaan oleh pemilik yang telah ditukarkan ke PUTRAJAYA dan kini setelah bersara beliau ingin kembali ke rumah tersebut. Oleh yang demikian, disebabkan tapak surau masih dalam proses pertimbangan pihak Pejabat Daerah Batu Gajah, JAIPk dan MAIPk (tak tahu bila nak selesai) maka dengan itu surau kami di Taman Kinta Perdana ini terpaksa ditutup sehinggalah surau yang baru dibina ataupun dapat rumah yang lain untuk dijadikan surau.
Nampaknya taman Kinta Perdana ini akan bergelapan (dari segi rohani) selama beberapa bulan dan menyedihkan lagi mungkin juga bertahun. Kepada sesiapa yang mempunyai cara dan cadangan sila sumbangkan kepada kami disini kerana kami sudah kebuntuan untuk meminta pertolongan. Dari ADUN sudah kami minta (masih tak nampak tanda-tanda, malah dah tak nampak batang hidung) dari sahabat-sahabat yang tinggal disini yang mempunyai hubungan (kabel) dalaman pun tak dengar apa-apa cerita..
Tak tahu apa nak jadi dah kami ni..
Nak bina surau pun susah.. Bukan nak minta duit bina surau tapi nak tapak surau je..
Kami bercadang jika dalam beberapa bulan ini masih tidak ada jawapan maka kami akan bina sebuah surau ikut suka hati kami je.. tak kira la atas rezab jalan ke.. atas tapak rumah orang ke..
Apa Kata Anda...
No comments:
Post a Comment