FUTURE MUSIC FESTIVAL ASIA secara tiba-tiba menjengah dalam pengetahuan kita yang sebelum ini tidak pernah didedahkan dengan kewujudannya. Dengan harga tiket RM138.00 sehingga mencecah RM388.00 untuk seorang menjadikan ia sebuah Festival Muzik untuk anak-anak muda yang kaya ataupun datang dari keluarga yang kaya. Ia juga disertai oleh para pelajar IPT yang sanggup membelanjakan wang yang sepatutnya mereka habiskan untuk pembelajaran.
Berita kehadiran Festival Muzik ini dirahsiakan dan seolah ditutup dari pengetahuan umum, namun Allah SWT Maha Kaya dan Pentadbir Sekalian Alam.. Allah telah menjatuhkan hukum dan mensensasikan ia dalam pelbagai media massa dan mengaibkan penganjurnya. Sehingga kini ia merupakan satu perihal yang memalukan Malaysia dikalangan negara-negara Islam serantau.
Masyarakat mempertikaikan bagaimana sebuah negara Islam sebagai Agama Rasmi boleh menganjurkan konsert sebegini yang mana satu dunia tahu ia adalah maksiat semata-mata. Ia membenarkan maksiat dibuat dari pagi hingga malam selama 3 hari berturut-turut. Seks bebas, bertukar pasangan, arak dan sebagainya adalah tidak diharamkan di dalam konsert ini.
Persoalannya bagaimana Kementerian Perlancongan boleh benarkan? Bagaimana pihak pengurusan Stadium Bukit Jalil boleh benarkan? Bagaimana Permit penganjurannya boleh diluluskan? Bagaimana JAKIM dan JAIS boleh berdiam diri?
Sedangkan untuk menganjurkan sebuah ceramah agama pun kena pelbagai prosedur yang kadang-kadang sehingga menyakitkan hati, inikan pula konsert sebegini..Bagaimana ia begitu mudah diluluskan?
PERSOALANNYA KINI : ISLAMKAH KITA?....
Aktiviti Siang Hari:
No comments:
Post a Comment