Sultan Muhammad Faris Petra atau Sultan Muhammad V adalah Sultan yang merupakan seorang Sultan yang menjadi contoh kepada semua kerabat-kerabat Di Raja baik di Kelantan dan di Malaysia. Beliau dikatakan kini mula disanjungi, disayangi dan dihormati bukan sahaja dari kalangan rakyat Kelantan malah dikatakan telah menambat hati semua rakyat di Malaysia khasnya yang beragama Islam. Sultan Muhammad V dikatakan telah menambat hati rakyat pelbagai lapisan umur di Kelantan dan di negeri-negeri jirannya. Sultan Muhammad V juga dikatakan akan menjadi seorang Sultan yang paling popular dikalangan Sultan dan Raja di Malaysia.
Persoalannya : Kenapakah beliau telah berjaya menambat hati rakyat bukan sahaja dari Kelantan malah luar dari Kelantan?
Mungkin gambar-gambar dibawah boleh menjelaskannya?
|
Tuanku sendiri menyembelih binatang korban pada Eidul Adha yang lepas. |
|
Tuanku tidak pernah mementingkan protokol dengan rakyat |
|
Tuanku adalah seorang Imam yang baik. |
|
Tuanku melakar sejarah sejak lebih 50 tahun merdeka, belum ada Sultan yang pernah menjadi IMAM dan dimakmum oleh ribuan jemaah dari pelbagai lapisan umur di Kelantan. |
|
Tuanku seorang yang sederhana dan bercirikan Pemimpin Islam |
|
Tuanku sentiasa menghormati orang yang lebih tua.. Pernahkah anda lihat situasi begini seorang Sultan memberikan laluan kepada seorang Menteri Besar. |
|
Semoga Allah menjadikan Sultan Muhammad V seorang sultan yang amat disanjungi, dihormati dan ditaati oleh seluruh rakyat Malaysia.. |
|
SEMOGA ALLAH SENTIASA MEMBERKATI SULTAN MUHAMMAD V ..ALLAHUAKBAR..
YA ALLAH JADIKAN SULTAN INI SEORANG PEMIMPIN SEPERTI SAIDINA ABU BAKAR DAN SAIDINA UMAR AL-KHATTAB..
No comments:
Post a Comment