Tuesday, March 22, 2011

Raja atau Pemimpin Yang Di Sanjungi & Di Taati

Sultan Muhammad Faris Petra atau Sultan Muhammad V adalah Sultan yang merupakan seorang Sultan yang menjadi contoh kepada semua kerabat-kerabat Di Raja baik di Kelantan dan di Malaysia. Beliau dikatakan kini mula disanjungi, disayangi dan dihormati bukan sahaja dari kalangan rakyat Kelantan malah dikatakan telah menambat hati semua rakyat di Malaysia khasnya yang beragama Islam. Sultan Muhammad V dikatakan telah menambat hati rakyat pelbagai lapisan umur di Kelantan dan di negeri-negeri jirannya. Sultan Muhammad V juga dikatakan akan menjadi seorang Sultan yang paling popular dikalangan Sultan dan Raja di Malaysia.


Persoalannya : Kenapakah beliau telah berjaya menambat hati rakyat bukan sahaja dari Kelantan malah luar dari Kelantan?

Mungkin gambar-gambar dibawah boleh menjelaskannya?



Tuanku sendiri menyembelih binatang korban pada Eidul Adha yang lepas.

Tuanku tidak pernah mementingkan protokol dengan rakyat

Tuanku adalah seorang Imam yang baik.

Tuanku melakar sejarah sejak lebih 50 tahun merdeka, belum ada Sultan yang pernah menjadi IMAM dan dimakmum oleh ribuan jemaah dari pelbagai lapisan umur di Kelantan.

Tuanku seorang yang sederhana dan bercirikan Pemimpin Islam






Tuanku sentiasa menghormati orang yang lebih tua.. Pernahkah anda lihat situasi begini seorang Sultan memberikan laluan kepada seorang Menteri Besar.

Semoga Allah menjadikan Sultan Muhammad V seorang sultan yang amat disanjungi, dihormati dan ditaati oleh seluruh rakyat Malaysia..
 SEMOGA ALLAH SENTIASA MEMBERKATI SULTAN MUHAMMAD V  ..ALLAHUAKBAR..
YA ALLAH JADIKAN SULTAN INI SEORANG PEMIMPIN SEPERTI SAIDINA ABU BAKAR DAN SAIDINA UMAR AL-KHATTAB..

Monday, March 7, 2011

Kalau Berpolitik Sekalipun Jangan Lupa Hukum

Baru-baru ini timbul beberapa gambar-gambar pemimpin politik yang dikatakan seolah-olah menggadaikan Agama, Bangsa dan Negara sehingga menjadi bahan dan topik sensasi dari pentas politik dan kedai kopi. Di sini ingin dinyatakan bahawa semua Umat Islam diingatkan bahawa jangan sesekali lupakan hukum Islam dan syarak walaupun anda sekalian sedang berpolitik. Sesetengah pihak seolah-olah lupa akan segala hukum-hakam Islam semasa berpolitik. Menghalalkan dan mengharuskan sesuatu perkara yang jelas HARAM di dalam Islam hanya kerana ingin menjaga hati dan menjaga undi dari seseorang dan kaum tertentu. Ingatlah jangan sampai jual Agama, Bangsa dan Negara..

Tersebut dibawah adalah gambar-gambar yang dijadikan bahan sensasi politik negara.. Anda nilailah sendiri.. Adakah ia melampaui batas sebagai seorang yang bergelar Muslim.

Nik Aziz melawat Sami Buddha di sebuah Tokong Buddha
Haji Hadi berpelukan dengan Lim Kit Siang
Nik Aziz bersalaman dengan Karpal Singh yang pernah menentang hukum hudud

Tunku Abdul Rahman semasa perasmian kilang arak Guinness di Lembah Klang
Demi Ekonomi Negara dan menjaga hati orang bukan Islam
Najib Tun Razak semasa merasmikan kilang Coca-Cola (milik yahudi) terbesar asia tenggara di Negeri Sembilan
Sharizat semasa lawatan politik sehingga merelakan diri untuk dipeluk
Rafidah Aziz memeluk Tun Dr Mahathir menandakan sayang dan sokongnya
Berpegangan tangan antara bukan muhrim sebagai tanda hormat
Bercium pipi antara bukan muhrim adakah ia tanda hormat?
Membenarkan orang bukan Islam berucap di dalam masjid atau surau
Membenarkan orang yang tidak menghormati hukum Aurat (Islam tetapi tidak tutup aurat) memasuki masjid dan surau